Friday, December 19, 2008

CINTA.... kepada sahabat-sahabatKU....

Kepada sahabat yang... Single/Solo/Kesepian.... Cinta layaknya seperti seekor rama-rama, semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan 'rama-ramamu' terbang kemana saja ia suka, siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sadar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu, menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja 'rama-rama' yang kau kejar itu, bukan 'rama-rama' yang Allah peruntukkan buatmu.. Cinta bisa membuatmu bahagia, tapi most of the time, cinta itu sifatnya melukakan. Digenggam kau luka, dilepas kau hiba. Cinta cuma membahagiakan, bila ia dikembalikan pada Allah, dan dicurahkan pada yang berhak. Jangan terburu-buru, perlahankan rentakmu, semoga Allah mengetuk pintu hatimu dengan cinta yang tulus. Ameen ya Rabb........ Dan lagi.. siapa tahu, cinta itu tidak sampai-sampai kepadamu, kerana mungkin kau tidak mampu memikul beban cinta, itu petanda Allah sayangkan dirimu. mungkin saja Allah ingin mengelakkan kau terjerumus dari maksiat-maksiat cinta yang banyak menyebabkan manusia dihumban ke neraka Jahannam.. Naudzubillah...

Kepada sahabat-sahabat yang.. "Not So Single"/"Sudah Berpunya" Cinta itu satu ujian. Selamanya anda bercinta, anda diuji dengan ujian-ujian yang getir. Anda mungkin tidak menyedari kehebatan ujian yang Allah sediakan saat anda menyambut cinta seseorang. Tapi ketahuilah, pandangan mata, pengucapan kata, luahan hati, khayalan2 mu saat kau menunggu matamu lelap, lintasan-lintasan perasaan yang halus, tiap angan-angan, setiap baris sms dan segala yang anda lalui bersama'nya' adalah satu ujian dari Allah. Bagaimana anda mengarahkan cinta yang Allah anugerahkan itu agar Dia tidak melaknatmu, agar cinta itu bebas dari noda dan dosa? Jangan pernah terangsang dengan nuansa cinta romantisme dari barat. Setiap dari kita perlu menjawab dihadapan Allah kelak. Semoga cinta yang dilontarkan pada hati-hati kalian bakal mendekatkan kalian pada Rabbul Izzati.. Ameen ya Rabb..... Saat cinta itu ditarik dari kalam hatimu atau hatinya, ketahuilah bahawa ada hikmah disebalik segala perancangan Allah. Mungkin saja ALlah lontarkan sekelumit perasaan benci itu sebagai ujian, atau mungkin saja kerana dia bukan lagi jodohmu. Redhalah.. semoga Allah redha padamu.

Kepada sahabat-sahabat yang.. "Play Girl, Play Boy.." Jangan pernah mengucapkan kata-kata cinta jika anda tidak merasainya. Jangan pernah berkisah tentang perasaanmu yang indah tapi palsu, jika ianya tidak ada disana. Jangan pernah menyentuh kehidupannya, jika yang kau niatkan hanya untuk merosakkan satu hati. Jangan pernah membuatnya jatuh cinta padamu, jika kau tidak mampu menyambutnya.

Kepada sahabat-sahabat yang... Telah berkahwin.. Semoga Allah melimpahkan rahmat pada kalian dengan zuriat yang ramai. Semoga zuriat kalian bakal menjadi penyambung lidah Nabi, semoga jundullah kecil itu bakal menjadi para pejuang agama, meredah taufan menongkah arus. Semoga jodoh kalian berpanjangan, dan semoga kalian menjadi tongkat kepada pasangan-pasangan anda. Semoga segala khilaf didalam rumahtangga anda menjadi 'murabbi' kehidupan yang fana ini. Semoga lidah anda fasih memohon maaf dan bisu dari berkata kasar. Semga anda dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, serta diakhiri dengan pengakhiran yang baik.

Kepada sahabat-sahabat yang... Berpatah Hati/HeartBroken Kelukaan hati cuma berlarutan/berpanjangan.. Selama mana anda membiarkan hati anda merasakan sedemikian. Kedalaman luka hati anda, akan berterusan selagi mana anda membiarkan pisau itu menancap hati anda. Cabarannya bukan saja bagaimana anda bangkit dari luka itu, tapi bagaimana anda melihat luka hati anda dari sisi yang lain, dan bagaimana anda mengambil pengajaran dan teladan dari apa yang berlaku. Biawak tidak akan jatuh pada lubang yang sama, Pisang tidak akan berbuah dua kali, melainkan jika anda benar-benar [ SENSOR DC ] dan tidak siuman. Perasaan yang hiba, sendu yang berpanjangan, penyesalan yang menggunung, mungkin saja kafarah dari dosa-dosa yang anda lakukan sewaktu anda dibuai dengan perasaan cinta yang enak. Itu juga satu ujian, bagaimana anda berlapang dada dengan apa yang terjadi, dan bersegera kembali pada Allah dan muhasabah diri anda. Sabar itu adalah kunci segala pintu yang tertutup.

Kepada sahabat-sahabat yang... Naive/Tidak pernah bercinta/Ragu-ragu dengan Cinta.... Jatuh cinta, tapi jangan pernah bercinta. Keduanya beda, laksana langit dan bumi. Konsisten dengan perasaanmu, banyakkan beristighfar, dan jangan terlalu persistant. Berkongsi sejauh mana syariat Allah membenarkan, dan pintalah sejauh mana syariat Allah mengizinkan. Memahami pengertian cinta, bukan dengan nuansa yang disajikan dari musuh-musuh Allah, tapi pengertian sebenar, dikembalikan pada Quran dan Sunnah. Saat cinta melacak rongga sukmamu, saat cinta merenggut ragamu, carikan pengobatannya didalam helai-helaian Qalamullah, bukan dari deretan sms. Obatnya ada didalam kisah-kisah cinta Rasulullah dan para sahabat, bukan didalam kisah-kisah cinta Romeo dan Juliet yang direka oleh sang kuffar. Ingat sekali lagi, cinta itu satu anugerah, jangan pernah lupa, segalanya adalah UJIAN. Pegang erat Quran dan Sunnah, insyaALlah cinta itu tegar dan tidak membinasakan.

Kepada sahabat-sahabatku sekalian.. Doaku buat kalian, semoga anda dianugerahkan calon acuan Al-Quran, yang dengan cintanya anda semakin bersemangat, semakin gigih berusaha dan bekerja untuk Islam. Mungkin anda tidak berasa cinta padanya, tapi doaku, bukannya agar anda mendapat cinta seperti idaman hatimu, tapi agar kau mendapat cinta orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari cintanya padamu. Semoga cinta itu bisa menyelimutimu dari panas api neraka Allah.. Ameen Ameen ya Rabbal Alamin

Thursday, December 18, 2008

Salam semua... Nak cerita apa ekk hari ni... Haaaa!!! Ok last week ada dapat satu info yang agak menakutkan tapi amat PENTING untuk diambil tahu.. maklumler majoriti rakyat Malaysia ni terlalu BUSY... ye ler sampai keadaan kesihatan sendiri pun tak pernahnya diperiksa.. at least 6 bulan sekali ker.. kira ok ler gak.. tapi ni emmm selagi tak terbaring kat spital selagi tu ler.. AKU OK.. NO PROBLEM... TAK DER APER2 PUN... tu ler pasal bila kiter dapat detect all critical desease semua dah HIGH LEVEL.. kalo study ker ok lah kan.. koman2 pun ANUGERAH DEKAN yer tak.. kalo nak cari keroje tu senang jer dapat.. ni sakit emmm... RENUNG-RENUNGKAN LAH...



Serangan Jantung dan Minum Air Suam





Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.




Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.



Petanda Lazim Serangan Jantung


Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Saturday, December 13, 2008


Lama gak tak meng'UPDATE'kan blog ni ekk.. BUSY!!! emm satu perkataan yang paling2 kerap digunakan tak kira apa jua situasi... tak kira masa... walaupun dimana kita berada... tapi itulah realiti yang tak dapat kita sangkal lagi... emm satu lagi amat payah kita nak mengakui kesalahan sendiri kan... maklumlah sesuatu benda yang pahit memang susah nak ditelan... tapi semakin pahit semakin cepat ler kesan penawar dia kan, tapi ini semua terpulang kepada diri sendiri.. bak pepatah lama 'TEPUK DADA TANYA SELERA' tapi boleh ikut lagi ker?? Persoalan lagi kan.. rasa2 lagi banyak persoalan lagi mencabar persepsi seharian kita kan.. pepatah lagi, 'HIDUP TANPA MASALAH SEOLAH-OLAH MAKAN NASI TAK BERLAUK' pepatah mana.. own perseption.. sebab kalau makan nasi berlauk ada macam2 rasa yang kita dapat.. masam, manis, pedas, lemak dan sebagainya.. tapi kalau nasi jer... emm berselera ke kita?? Lagi satu muka melayu, lidah melayu + jawa tapi kalau cakap dah jadi bahasa rojak.. nak buat cam ner, satu sentence tu mesti ada english word.. errrr.. haa kira ni ler contoh terdekat dia. Kenapa ekk?? Persoalan lagi.. alamat agak2 kalau tak abis2 persoalan leh jadi gila kot.. Ntahler?? bak kata Nabil... LU FIKIRLER SENDIRI...

Wednesday, October 22, 2008

Open House




SALAM AIDILFITRI 1429 HIJRAH

Dear Friends and Colleagues,

Dengan segala hormatnya, I would like to invite all of you , your's family and friends to join me for the Hari Raya Open House which will be held on:

Date : Saturday, 25 October 2008 (25 Syawal 1429 Hijrah)
Time : 1400 – 1800 hours (Extended hours can be consider.. no problem J)
Venue : 6-4-4 Vantage Point Condo,
Jalan 4/125,
Taman Desa Petaling,
57100 Kuala Lumpur

Jom kita pi Jalan Jalan Cari Makan.... so check it out k..
Regards,
MOHD ZAKI TAHIR @ JACK

Tuesday, October 14, 2008

OpisKU.. umahKU jua..













Salam...
Emm ni ler rupanyer umah keduaKU.. nampak gah kan.. maklumler billion nyer company.. errr biler ler ekk nak ader opis besor cenggini ekk.. emm impian tak per kan.. jangan dok berangan tapi keje tak jalan udah lerrr...

Cakap pasal opis ni.. emmm atas tu ler tempat memerah segala otak.. menyusun strategi.. mengira untung rugi.. errr bukan company nyer tapi project expenditure.. maklumler ader jer yang menokok nambah.. nak buat cam ner dah 'BOSS" request dok reject pun buat gak.. to the end report budget burst kiter gak kena buat.. buat explanation... huhuhuu nasib badan.. tapi yang atas tu bukan ler pakaian rasmi tapi kena kerja gak masa weekend.. nasib badan lagi kan.. huhuhuhu...



Haa atas tu ler Astro Tag kiter.. tak der kalu.. firstly of course security will terminated you out or bahasa senangnyer kick out.. satu lagi all doors have their own access means that tak der tag tak leh ler nak masuk huhuhuhu... senang cakap tu kira punch card tuk semua staff.. bila kiter tag jer dalam system will appeared nama kita siap id nos, department time completely with minutes + second.. so beware ler kalo sesaper yang datang lambat....

Sunday, September 28, 2008

Salam Aidilfitri

Wishing All Muslim colleagues, all my Beloved friends and all anyone who knows me...


MATA kadang kala salah melihat....
MULUT kadang kala salah bercakap....
HATI kadang kala salah menduga....
MAAFKAN segala kekhilafan yang pasti ada....
Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan,
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan....
Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang e-mail ini....
Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
mohon maaf zahir dan batin....

And to those who are traveling during this period, a safe and pleasant journey...
ikhlas
mohdzakitahir @ antuencem

Tuesday, January 8, 2008

keteKU...

Emm.. ari ni nak bercerita pasal 'biniku' lak ler... cantik menarik ko memang umphhh... Hehehehehehe... Ni ler satu2 nyer yang sanggup bersusah payah.. berpanas berhujan.. berpenat mendaki.. berpenat berjalan.. maklumler jauh perjalanan nak balik kampung kan.. kesian dia ekk... tu yang makin lama makin SAYANGGGGG..

Pandangan hadapan - potongan body yang menggiurkan dilitupi oleh lekuk-lekuk fairing.. silauan lampu disinari cahaya sang matahari.. garisan-garisan goda menyaluti kehitaman tayar.. hidung yang terletak menyambut hembusan angin menyejukkan enjin.. WMN3705 adalah nama yang telah didaftarkan... uiii tergodanya... iskh iskh iskh
Pandangan belakang - tonggekkan menggiurkan.. top spoiler menyerlahkan sexy.. garisan body menyerlahkan gaya.. 6 spoke rim memberitahu 6 STARS year of the cars.. uiii bangga nye


lampu hadapanKU.. disertai dengan kilauan emas lampu isyaratKU.. dan sebelan 6 starKU dipisahkan... huhuhuhu
kesiannyer DIA.. ditelanjangkan.. iskh iskh iskh

waaaaaa.. semakin lawa ler selepas bersalin image ekk..

hehehe.. iniler antara kete idamanKU... nak beli lama dah.. nak buat cam ner rezeki tak sampai lagi kot.. sabo sabo sabo...

emmm niler antara cita-cita masa kecikKU.. nak jadi Schumacher Malaysia.. tapi nampaknyer angan-angan jer ler kot.. huhuhuhu